Khamis, 23 Jun 2011

Ku Pohon (Edisi Bukan Lagu Shila Majid)

Ya Tuhanku




Kau yang telah membenarkan rasa cinta ini


Maka, aku pohon pada Mu Tuhan


Agar terus mengizinkan rasa cinta ini


Mekar berkembang dan mewangi


Bak bunga dari taman syurga Mu


Teguh akan segala cabaran kehidupan


Untuk hari hari yang akan mendatang




Dan


Andai takdir nya


Suatu hari nanti


Kau menarik semula rasa cinta ini


Ku mohon pada Mu


Akhiri ia dengan sebuah kematian


Bukan dengan kebencian




Kerna aku


Tak mampu kehilangan cinta ini




.....



Razila Razak

23 Jun 2011



@<---


Tiada ulasan: