STOP VIOLENCE AGAINST WOMEN kekdah nyer uhols..
mak datin pegi indon, so dia mtk aku wakilkan dia pegi ceramah nie dkt UNITEN.. Datin Seri Rosmah Mansor uhols yg rasmikan..
and here's sket2 note yg aku buat sesambil dgr ceramah tue.. bersama-sama la kite ambik tau semoga tidak menjadi mangsa janton durjana..
STOP VIOLENCE AGAINST WOMEN 2012
by YM TENGKU DR. NAUFAL TENGKU MANSOR
Bagi kes rogol di bawah 18 tahun, SELANGOR dan JOHOR mencatatkan statistik yang paling banyak pada tahun 2012 (Jan – Mac) iaitu sebanyak 66 kes;
Bagi kes keganasan rumah tangga, Selangor mencatatkan statistik yang paling banyak iaitu sebanyak 118 kes (Jan – Mac);
Sebanyak 8% sahaja kaum lelaki yang dikasari oleh kaum wanita; dan
Pihak polis tidak boleh menolak sebarang kes yang melibatkan keganasan terhadap wanita.
TAFSIRAN KEGANASAN
Mencederakan, memusnahkan, mencederakan atau cacian/ makian;
Perlakuan/ perwatakan yang ganas; dan
Ketidakadilan dalam menggunakan kuasa.
5 KATEGORI KEGANASAN TERHADAP WANITA
PSIKOLOGI DAN EMOSI
Ugutan, penghinaan dan menjatuhkan maruah wanita;
Membahayakan nilai harga diri dan perasaan wanita; dan
Mencabar keupayaan wanita mengawal kehidupan sendiri.
FIZIKAL
Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang, melukakan, menyebabkan patah tulang dan membaling barang;
Menggunakan senjata dalam tindakan; dan
Menghalang segala keperluan contohnya seperti makan, minum dan tempat tinggal.
SEKSUAL
Memaksa wanita melakukan hubungan seks tanpa kerelaan; dan
Menyakiti wanita ketika melakukan hubungan seks.
SOSIAL
Mengongkong dari bergaul dengan orang lain termasuk ahli keluarga/ kawan; dan
Didorong untuk bergantung pada pasangan (tidak berdikari).
KEWANGAN
Tidak dibenarkan bekerja dan mencari wang sendiri; dan
Tidak dibenarkan membuka akaun bank sendiri.
CONTOH KEGANASAN TERHADAP WANITA
Merogol;
Liwat;
Sumbang muhrim;
Penculikan;
Pelacuran;
Menyebabkan keguguran;
Keganasan rumah tangga;
Penghinaan;
Pencabulan; dan
Gangguan seksual (perbuatan dan percakapan).
semoga nota yg tk seberapa nie dpt membantu dn memberi sket info pada cikp puan dan cik adik di luar sana..
chiow!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan